7.9.09

N.U.S.A.N.T.A.R.A

N.U.S.A.N.T.A.R.A merupakan singkatan Nations Under Special Assosiative Necessity To Achieve Regional Aspiration. Ianya berfungsi sebagai sebuah pertubuhan yang mengumpulkan wakil 4 negara kepulauan Nusantara iaitu Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei dan membentuk organisasi sentrik Melayu yang pertama.

Kewujudan NUSANTARA mampu merangsang perkembangan ekonomi serantau, budaya dan seni. NUSANTARA diketuai oleh Pengerusi, diilham mampu membincang perkara yang sangat kompleks berhubung kemelayuan kepulauan Melayu hari ini dan membentuk sistem perdagangan bebas yang luas untuk pembangunan serantau.

Dengan wujudnya NUSANTARA, lebih banyak tanggungjawab sosial memajukan rantau ini dapat dilakukan dengan kewujudan dana yang dijana melalui teknologi serta duti perdagangan. Dana ini juga dapat digunakan untuk memajukan industri pelancongan, penyiaran serta komunikasi rantau ini dengan berpaksikan sentrik Melayu.

NUSANTARA, dengan 250 juta penduduk dijamin mampu memperlihatkan wujudnya ketuanan bahasa Melayu di rantau Asia Tenggara apabila mampu membawa Melayu sebagai satu bahasa penting dalam membawa aspirasi 4 negara tersebut.

Labels: , , , ,

18.11.06

Batal Hak Melayu Batal Jus Soli?

Melayu merupakan gelaran bagi etnik-eknik kecil di kepulauan Hindia Timur yang berhubungan antara puak yang berlainan bahasa menggunakan bahasa Melayu. Bahasa Melayu tersebar ketika empayar Melaka menguasai ekonomi Nusantara 600 tahun lalu. Hindia Timur disebut Nusantara dalam bahasa Melayu.

Malaysia pula merupakan gelaran antropologis Barat kepada kepulauan Nusantara sejak mereka mula mengkaji ras manusia beratus tahun lalu. Namun, kesan imperialisme yang melibatkan persaingan tanah jajahan oleh bangsa Eropah, Nusantara berpecah kepada dua apabila Inggeris berjaya menguasai Selat Melaka.

Negara Malaysia yang wujud pula merupakan adunan yang dicipta kesan dari imperialisme Inggeris. Sebahagian besar Nusantara yang dijajahi Belanda mengisyhtiharkan kemerdekaan melalui pengunduran Jepun lalu membentuk negara kuasa pusat bernama Indonesia.

Kemerdekaan negara yang kemudiannya dinamakan Malaysia hanya dicapai setelah 11 tahun Indonesia berjaya berbuat demikian dengan mematahkan cubaan pendudukan semula Belanda. Malaysia tidak dapat berbuat demikian apabila British telah lama mentadbir negeri-negeri Melayu dengan sistematik dan berpiagam yang memerlukan pengendalian jentera pentadbiran yang cekap.

Pun begitu, bermula tahun 1948, ketika negara Israel lahir, negara-negara penjajah telah bersiap sedia untuk memerdekakan tanah-tanah jajahan mereka melalui perlembagaan yang tertulis atas restu mereka.

Tunku Abdul Rahman menggunakan diplomasi semaksima yang mungkin bagi membolehkan kemerdekaan diperoleh dengan cara yang teratur. Pembentukan perlembagaan oleh Tunku Abdul Rahman disulitkan dengan keengganan British untuk menghantar pulang tenaga kerja asing yang memaksa beliau mengutarakan idea kerakyatan bagi mereka yang lahir di tanah orang-orang Melayu ini.

Namun, tidak ramai generasi hari ini menyedari bahawa hakikat kerakyatan tenaga kerja asing di negara ini adalah berdasarkan prinsip jus soli yang diambil kira dalam pembikinan perlembagaan. Orang Melayu membantah hebat. Sebagai imbangan dari ribut sahsiah bangsa Melayu itulah konsep hak istimewa Melayu digunakan dan dipersetujui oleh semua.

Kaum pendatang tidak terfikir bentuk negara apakah yang akan dimerdekakan kerana dibayangi dilema kewarganegaraan. Konsep hak istimewa Melayu dipersetujui oleh mereka bagi menjamin prinsip jus soli digunapakai.

Tetapi, hari ini, ada dikalangan kaum bukan Melayu di negara ini, tanpa rasa segan ke atas diri mereka sendiri kerana menutup mata kepada sejarah, bebas menyindir, membincang dan mentertawakan relevan hak istimewa orang Melayu di Malaysia di dalam akhbar dan internet menggunakan medium bahasa bukan Melayu.

Malah, ramai pula dikalangan mereka yang melahirkan rasa bimbang ke atas penghijrahan tenaga kerja Indonesia yang merupakan pengisi kitaran yang pernah diisi oleh mereka walhal rakyat Indonesia merupakan masyarakat Nusantara. Yang membezakan keadaan kini ialah jumlah kemasukan dikawal ketat oleh dasar-dasar baru.

Benar bahawa pemimpin Melayu terdahulu melakukan kesilapan dengan menggadaikan hak istimewa Melayu dengan prinsip jus soli. Prinsip ini juga merupakan kunci membantu kaum Cina di Singapura mendapat tiket untuk melabuhkan punggung selamanya di rantau ini. Jika tidak masakan Singapura membebaskan diri dari British melalui Malaysia.

Apakah hal ini dilihat oleh sesetangah kaum bukan Melayu yang dijadikan rakyat-rakyat raja Melayu, dengan sikap pengkhianatan pada janji, menggesa prinsip jus soli itu ditiadakan supaya hak istimewa Melayu boleh terhapus?

Lebih-lebih lagi, jos soli mewujud kekhuatiran dikalangan mereka terhadap fenomena kerakyatan anak-anak pendatang tenaga kerja asing terutamanya Indonesia pada masa ini yang mengakibatkan pengecilan saiz bukan Melayu di negara ini.

Jika ini benar-benar dicita-citakan, ianya bermakna mereka mendesak kewarganegaraan mereka dikaji semula.

Apakah dengan menggugurkan prinsip jus soli, mereka tidak merasakan bahawa kerakyatan mereka akan lucut? Secara prinsip dan imbangan, dengan membatalkan hak istimewa Melayu, perlembagaan turut secara automatiknya membatalkan prinsip jus soli.

Maka dengan itu, segalanya kembali ke meja rundingan pada saat perlembagaan dirangka dan segala kestabilan perlu bersedia untuk digadaikan.

Pengkritik hak istimewa Melayu mempunyai pemikiran sempit kerana mereka tidak dapat menembusi corak sebenar jalan menuju kemerdekaan negara ini yang dipenuhi oleh perbincangan yang disepakati dengan konsep menang-menang.

Mereka lupa bahawa jus soli tidak wujud tanpa dambaan pihak yang mengharapkannya dan hak istimewa Melayu tak akan wujud tanpa tugasnya sebagai wang jaminan untuk merealisasikan penggunaan prinsip jus soli.

Jika kritikan mereka bukan disebabkan kejahilan mereka mengenai sejarah, mereka adalah golongan yang cuba memporak perandakan keharmonian negara dan perlu ditahan untuk siasatan.Dengan mempersoalkan isu hak istimewa orang Melayu serta apa juga yang berkaitan dengan orang Melayu terutamanya agama Islam, terlalu jelas bahawa mereka juga mempertikaikan prinsip jus soli yang merakyatkan setiap pendatang yang lahir di Nusantara Malaysia.

Jus soli kurang menjadi ingatan kaum bukan Melayu lantaran ia tidak dijadikan mainan oleh pemimpin politik Melayu apabila hak istimewa Melayu dipertikai. Ini kerana kesopanan, toleransi, sikap menjaga hati yang begitu menebal dalam peradaban Melayu.

Tetapi apabila isu hak istimewa Melayu cuba dibuang tanpa pembatalan prinsip jus soli yang mana kedua-duanya lahir bagi mengimbangkan sesebuah polemik genting, maka ianya mengundang ke arah negara ketika mula hendak ditubuhkan.

Tiada siapa mahu melihat negara ini kembali memulakan pentadbirannya seperti hari-hari pertama ia mendaulatkan perlembagaan tanpa hak istimewa Melayu dan tanpa prinsip jus soli. Ini bermakna kaum yang sebelum ini telah mempunyai kerakyatan, perlu berubah.

Apakah mereka perlu memperbaharui pas kerja di negara ini atau pulang ke kampung halaman nenek moyang mereka untuk memulakan hidup baru di tanah asal.Orang Melayu juga tidak mahu untuk tiba-tiba menjadi mundur tanpa kegiatan ekonomi, kembali kepada kehidupan sara diri dan lebih buruk apabila kepayahan mencetus perang saudara dan segalanya bermula semula dengan kacau bilau.

Inilah apa yang patut digambarkan kepada ramai oportunis di negara ini yang sentiasa tidak melahirkan penghargaan atas apa yang telah ada hari ini. Ramai kalangan masyarakat telah dicekup oleh oportunis-oportunis ini bagi menzahirkan kacau bilau yang amat mereka inginkan.

Akibatnya, dakwaan melulu, komen sindiran dan ulasan bodoh tersebar di akhbar dan internet.Pemerintah Malaysia perlu memperbanyakkan pengkisahan sejarah negara dan sejarah nasionalisma dan melipatgandakan penyampaian maklumat berhubung kisah-kisah penubuhan negara ini mulai dari hari ini dengan menzahirkan filem dan dokumentari semua bahasa dan penuh giat.

Biarlah ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 50 pada tahun 2007 memberikan kesedaran yang menyeluruh kepada rakyat negara ini berhubung pentingnya merangka masa depan dengan menjadikan sejarah sebagai asas untuk membina masa depan. Ianya cukup penting bagi memencilkan golongan buta sejarah dan berhati busuk ini agar mereka luput dalam lipatan sejarah.

Melayu Perlu Cauvinistik

Orang Melayu tidak seharusnya alpa tentang definasi sejarah mereka dari kacamata Barat. Ini kerana, mengikut kajian mereka sejak lebih 100 tahun dahulu, keterbukaan dan penerimaan orang Melayu ke atas sistem yang mereka perkenalkan suatu ketika dahulu ditafsirkan mengikut pandangan yang sinis.

Lantaran itu, kemasukan penghijrah dari bangsa yang lain dialu-alukan bagi memenuhi impian mereka untuk mempercepatkan pembangunan sumber manusia yang sangat mereka perlukan. Ini terpaksa dilakukan apabila tiada penganggur Melayu yang wujud ketika itu kerana pada ketika itu, setiap orang Melayu telah mempunyai komitmen sendiri terhadap kegiatan sara diri masing-masing.

Selepas lebih separuh abad, saatnegara mencapai kemerdekaan, telah nyata bahawa orang Melayu sendiri mengilhamkan untuk membentuk sebuah negara yang mempunyai demografi yang turut dibentuk oleh penghijrah. Hakikat ini adalah bersyarat tetapi selepas 50 tahun, ianya seolah-olah tidak pernah berlaku pada pemikiran oportunis yang diberi mandat untuk bersuara.

Setelah 50 tahun mencapai kemerdekaan, orang Melayu dilihat tercari-cari arah untuk memperkasakan ekonominya dengan diwarnai percanggahan mengenai ekuiti, persoalan berhubung perlembagaan dan kehilangan jati diri yang kebanyakannya tercetus hasil sosiologi yang teradun sepanjang tempoh pasca kemerdekaan.

Dalam satu perhimpunan agung parti Melayu terbesar pada tahun 2006, tercetus semangat untuk memberi nafas baru pada nasionalisma Melayu dengan usul-usul yang dilihat dapat menzahirkan keperkasaan bangsa Melayu.

Pengukuhan Bahasa Melayu sebagai medium kebangsaan, tulisan jawi sebagai lambang sejarah jati diri, pegangan agama sebagai lambang syiar yang teguh serta subjek ekonomi sebagai agenda besar menjadi perbahasan penting sehingga menjemput reaksi yang bukan kecil.

Apakah silapnya apabila isu begini perlu ditegaskan dalam perhimpunan parti Melayu yang cukup besar dan penting pada usia parti tersebut melebihi 60 tahun dan sejak nasionalisma Melayu mula tersemai lebih 120 tahun yang lalu? Tambahan lagi di saat mata dan telinga dunia secara terang atau senyap sedang mengikuti perkembangan politik negara ini.

Ini adalah kerana ianya merupakan kesan dari sikap orang Melayu sendiri yang dilihat agak skeptikal terhadap keupayaan mereka sendiri. Kesan dari sikap ini, orang Melayu lebih gemar menggunakan sumber yang memudahkan kehidupan natijah dari sikap mesra dan toleran mereka terhadap pendatang luar Nusantara yang sejak ratusan tahun dahulu telah sedar akan keuntungan yang bakal mereka peroleh apabila berurusan dengan orang Melayu.

Seruan untuk mempertingkatkan ekonomi kaum Melayu telah mula didengari sejak tragedi 13 Mei 1969. Seiring dengan tempoh 40 tahun usaha memperkasakan ekonomi orang Melayu dilaksanakan, iklim perdagangan dunia membesar ke tahap yang tidak mungkin terfikir oleh arkitek ekonomi negara terdahulu.

Hari ini, ekonomi orang Melayu semakin mengecil apabila indikasi ekonomi negara ini tergabung dengan piawaian sistem ekonomi terbuka. Hasrat kerajaan untuk membantu orang Melayu dibuat dengan penuh ketelusan dan sentiasa dihebahkan secara umum. Kesan dari ini hujah berhubung prinsip kesamarataan mula kedengaran dan penyakit ini tertular difikiran masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Memang benar golongan yang mempersoalkan dasar yang diambil dalam mempertahankan perlembagaan dan dasar memakmurkan pribumi yang tersisih kesan sistem ekonomi penjajah ialah golongan sama ada buta sejarah atau berniat jahat namun berapa lamakah lagi untuk orang Melayu meletakkan diri mereka sendiri pada halaman perbahasan tak berkesudahan ini.

Ramai pemimpin politik Melayu mempunyai cita-cita untuk menjaguhi isu berhubung ekonomi Melayu. Tetapi benarkah mereka benar-benar berhati ultra-Melayu? Benarkah mereka mengutamakan bangsa sendiri dalam segala segi?

Sikap ultra-Melayu yang dimaksudkan ialah semangat dari hati yang paling dalam untuk mempertingkatkan taraf hidup orang Melayu hingga ke tahap yang boleh dibanggakan. Ini tidak mungkin terjadi sekiranya orang Melayu terus dibiar didodoikan dengan hiburan, material dan keghairahan untuk menjadi hamba perkembangan gaya dan fesyen.

Pemimpin Melayu harus mempunyai jiwa untuk merancang kaedah motivasi dan kesedaran dengan pendekatan yang berbeza-beza mengikut lapisan umur yang diperincikan. Survival bangsa serta halatujunya perlu diserapkan kepada orang Melayu supaya tersemat difikiran mereka bahawa memperoleh kejayaan diri sebagai peraturan hidup.

Namun, amat malang apabila disebalik laungan memperkasakan bangsa digahkan, sikap dan mentaliti kebanyakan dari orang Melayu tetap sama. Mencari sesuatu yang mudah, murah, senang dan pada masa yang sama membataskan kepuasan mereka pada sesuatu yang mudah diperoleh.

Industri tekstil, elektronik, pembinaan, pertukangan, makanan mentah dan pengangkutan swasta semuanya ditawarkan dengan nilai yang serendah mungkin oleh kaum bukan Melayu. Akibat dari sikap mengambil jalan yang memuaskan hati, mudah, murah dan ketiadaan sifat chauvinistik, orang Melayu menyumbangkan lebih tiga perempat kuasa perbelanjaan mereka kepada kaum bukan Melayu.

Hal ini menjadi asam garam hidup majoriti orang Melayu termasuk di kalangan pemimpinnya sendiri. Ianya seolah-olah tidak dipedulikan tetapi apabila diperkatakan tentang ekonomi bangsa, ramai yang tersentak lalu mengusulkan cadangan-cadangan yang diinspirasikan hasil dari petunjuk semasa namun gagal mencetuskan kesedaran yang menyeluruh.

Dasar-dasar membantu orang Melayu yang dicetuskan terdedah kepada jalan kegagalan apabila semangat ultra-Melayu itu sendiri pudar atau langsung tidak ada. Bukankah sikap cauvinistik telah meletakkan ekonomi kaum Cina ke tahap yang dapat dibanggakan?

Ekonomi bangsa Melayu mampu untuk meningkat secara drastik hanya apabila berlaku revolusi minda besar-besaran yang belum pernah terjadi dalam peradaban Melayu. Revolusi yang menuntut kesedaran mutlak orang Melayu amat penting dalam perjalanan survivalnya.

Revolusi ini tidak memungkinkan ketidakstabilan kaum kerana ianya merupakan urusan orang Melayu semata-mata dan ianya merupakan garapan dari kaedah yang digunapakai oleh kaum bukan Melayu yang telah maju ekonominya.

Pemikiran dan sikap mengutamakan bangsa sendiri dalam urusan yang melibatkan ekonomi perlu ada dari sekecil perdagangan dan sebesar-besar urusan demi survival bangsa. Memang pedih untuk berhadapan dengan hakikat yang dihadapi orang Melayu hari ini apabila kuasa beli mereka yang telah memperkayakan golongan pedagang dibalas dengan pandangan sinis dan sanggahan nakal yang menguji kesabaran.

Maka dengan itu, telah tiba masanya untuk orang Melayu membersihkan lumpur yang terpalit dan mula berubah untuk membentuk kekuatan ekonomi yang drastik. Selain dari hanya memikirkan kemudahan yang ditawarkan, wajar bagi pemimpin-pemimpin Melayu yang melaungkan misi memperkasakan ekonomi bangsa hari ini untuk merevolusikan pemikiran bangsa.

Parti-parti politik yang mewakili orang Melayu seharusnya melupakan percanggahan politik dalam urusan yang melibatkan ekonomi orang Melayu. Orang Melayu yang berjumlah hampir 14 juta di negara ini mampu menjana kemakmuran ekonomi sendiri dengan mula diarahkan untuk menuju matlamat Melayu yang maju.

Setiap pemimpin yang dilihat mewakili kaum-kaum Melayu seharusnya memperjuangkan matlamat ini dengan bukan sekadar kata-kata tetapi dengan idea bernas, kritikal dan tajam yang digerakkan dengan langkah yang mencairkan kebekuan minda segenap lapisan masyarakat Melayu agar semangat kebangsaan Melayu mekar dalam menuntut kejayaan ekonomi.

19.5.06

Serangan Persekutuan Kejahatan

RENCANA EMEL

Saudara,

Hari ini, Yahudi telah mencaturi dunia. Percaturan mereka yang sangat halus merupakan petunjuk bahawa mereka memang dilebihkan dari kaum-kaum lain di dunia mengikut wahyu Allah SWT. Teori konspirasi Al-Qaeda merupakan sesuatu yang cukup menimbulkan tanda tanya. Sistem yang mereka bawakan menjadi ikutan dunia. Pentas dunia dimainkan oleh sandiwara mereka.

Kita di mana? Adakah kita masih Islam? Atau Islam pada nama. Jika kita terus menganggap bahawa jiwa kita masih belum diberi petunjuk, kita akan terus menanti sambil bermain dengan dunia. Namun, itulah hakikat dari sebilangan kita. Telah tertulis dalam al-Quran tentang kurangnya mereka yang benar-benar Islam di akhir zaman. Penghujung kemanusiaan adalah Hari Kiamat. Hari Kiamat merupakan tirai yang melabuhkan tatatamadun manusia.

Saintis berpendapat bahawa kiamat mungkin merupakan hempasan asteroid ke atas bumi. Allah jua yang menentukan kaedahnya. Tetapi, apa yang membuatkan manusia berjaya meneroka hingga bertemu tentang hempasan asteroid? Kita sebenarnya sedang memasuki fasa penghujung zaman yang lebih sempit jajarannya akibat kemuncak anarki. Politik dunia hari ini dicipta Yahudi untuk menjadikan mereka peneraju kesesatan manusia yang mutlak. Untuk apa kita terus sesat?

Tetapi, Allah mengingatkan kepada umat yang benar-benar Islam bahawa Dia lah yang menghendakkan atas segala sesuatu. Atas sebab inilah, umat Islam seharusnya melihat ke dalam diri sendiri. Di sudut paling dalam. Mengapakah ramai kita gagal untuk mendirikan solat? Apakah kita anggap ianya sesuatu yang boleh dihimpunkan untuk ditanggung di masa depan? Di mana keupayaan kita untuk melangsaikannya nanti? Sekiranya maut menjejaki diri, kecelakaan mungkin boleh membunuh kita esok. Jadi, ke mana hala tuju kita di alam yang sebenar?

Alam sebenar ini adalah alam yang kekal hasil keputusan atas perbuatan amal dan munkar di alam dunia. Ia disebut akhirat. Kesengsaraan digambarkan dengan azab api dan kesakitan hakiki . Kesenangan digambarkan dengan kenyamanan dan kepuasan nafsu hakiki. Ini jelas menandakan bahawa dunia ini permainan sahaja. Permainan yang menggunakan perisian agung, beribu kali lebih sofistikated dari apa yang telah diperturunkan kepada manusia. Dan telah dizahirkan tanda-tanda kemuncak permainan ini melalui rasul-rasul melalui wahyu.

Zaman akhir merupakan zaman paling sedikit kalangan umat yang benar-benar beriman. Ini kerana telah tamat ayat-ayat Allah melalui Nabi Muhammad 1400 tahun lalu. Hari ini, tiada siapa yang tidak mengenal Islam. Islam menjadi agama dunia. Allah menjelaskan tentang kemusnahan kaum yang ingkar dan cuai terhadap tuntutan agama-Nya dan digantikan dengan kaum yang lebih baik. Apakah Melayu menunggu saat binasa? Kajilah apa yang sedang berlaku hari ini, dan berpesan-pesanlah kita bagi mengurangkan indeks keruntuhan orang Melayu dalam rekod keimanan. Dajjal akan memerintah juga dalam tempoh yang rancak dirangka untuk dipercepatkan oleh Yahudi.

Dajjal disebut-sebut sebagai Samiri. Ia membuat patung anak lembu yang bersuara kira-kira 3300 tahun lalu ketika Nabi Musa (as) menerima Taurat dari Allah SWT lalu mengakibatkan kaum Yahudi murtad. Dia dikatakan diberi umur hingga ditumpaskan kepada Nabi Isa yang akan turun diakhir zaman. Sesetengah berselisih pula dengan pendapat tersebut mengikut konteks Islam dan Kristian.

Kembali kepada diri kita sendiri. Apakah kita mahu mati sebagai mereka yang rugi? Perkembangan dunia hari ini telah cukup menunjukkan bahawa kita telah jauh lari dari agama. Ramai yang tidak lagi mementingkan tuntutan solat 5 waktu sehari semalam yang diwajibkan ke atas seorang yang beragama Islam. Islam melalui al-Quran adalah penamat kalimat-kalimat Allah sebagai pedoman umat manusia. Bukankah kita dipilih dan ditebus untuk patuh kepada hukum yang ditetapkan di dalam al-Quran sebagai syarat untuk hidup menjadi calon peperiksaan dunia demi masa depan yang kekal?. Dimanakah kita sebelum dilahirkan? Mati bukan penamat roh.

Untuk melalui kehidupan yang sebenar-benar Islam amat mudah bagi mereka yang ditunjukkan jalan. Tetapi andainya berlaku kekafiran setelah mengaku beriman, semakin sukar untuk jiwa manusia itu kembali kepada keimanan semula melainkan ditunjukkan jalan oleh Allah SWT.

Maka, tanpa usaha untuk bersembahyang dan memohon jalan yang lurus, sukar baginya untuk melihat jalan yang lurus. Solat yang sempurna mencegah kediaman jiwa kita dihuni syaitan. Hawa nafsu sesetengah manusia telah menjadi tempat syaitan bertandang sedangkan syaitan merupakan musuh yang nyata. Agama menjadi perselisihan antara Muslim dan pada masa yang sama, terdapat permusuhan yang jelas di kalangan Iblis, Syaitan, Samiri dan Jin, kaum Yahudi, dan Kristian ke atas Muslim. Mereka boleh digelar Persekutuan Kejahatan. Allah SWT menghendakkan ini berlaku demi kesedaran individu yang sebenar dalam jiwa setiap umat Islam, bagi meletakkan diri mereka ditempat yang selamat.

Mengapakah kita membiarkan nafsu menurut apa kehendak jiwa. Kembalilah kita kepada pemikiran yang rasional. Rasional ke atas objektif kita dihidupkan di sebuah alam yang kucar-kacir. Penciptaan roh manusia merupakan sesuatu yang kekal. Hidup di dunia merupakan setitis masa bagi tempoh yang infiniti. Mencintai hukum, hakikat dan nikmat dunia merupakan perbuatan yang merugikan. Lebih rugi dari kerugian seluruh apa yang diperdagangkan di dunia. Kerana ianya merupakan satu-satunya secebis masa yang menjadi perhitungan mutlak ke atas manusia.

Janganlah kita mempertikaikan keEsaan Allah SWT dengan memandang ringan dan mudah, segala yang diwariskan kepada kita melalui al-Quran dan melalui Nabi Muhammad (Rasulullah SAW). Jika kita terus melalai, dan melanggar hukum, maka kita akan dilalaikan hingga ketahap kelalaian mutlak. Bermohonlah kita kepada Allah agar ditunjukkan kita ke jalan yang lurus.

Menasihat
Kuala Lumpur
19.05.06
.

8.5.06

Protokol Zionis Mencaturi Dunia

PROTOCOL OF ZION (August 10, 1906)

PROTOCOL NO. 2:3

3. Do not suppose for a moment that these statements are empty words: think carefully of the successes we arranged for Darwinism, Marxism, Nietzsche-ism. To us Jews, at any rate, it should be plain to see what a disintegrating importance these directives have had upon the minds of the GOYIM (non-Jews). - Segala teori asal usul manusia yang membuatkan manusia hari ini mempertikaikan keesaan Tuhan adalah rancangan Yahudi semata-mata.

PROTOCOL NO. 11:9

9. There now remains not much more for us to build up upon the foundation we have laid. - Yahudi telah mencapai tahap kejayaan yang boleh mereka banggakan dalam membentuk umat manusia yang terpesong hari ini.

PROTOCOL NO. 16:7

7. We shall abolish every kind of freedom of instruction. Learners of all ages have the right to assemble together with their parents in the educational establishments as it were in a club: during these assemblies, on holidays, teachers will read what will pass as free lectures on questions of human relations, of the laws of examples, of the philosophy of new theories not yet declared to the world. These theories will be raised by us to the stage of a dogma of faith as a traditional stage towards our faith. On the completion of this exposition of our program of action in the present and the future I will read you the principles of these theories.- Akan datang, lebih banyak teori berbentuk helah yang akan membuatkan manusia berlumba-lumba menjadi kufur dan hilang akidah atas nama kemajuan akal fikiran hasil dari formula yang dijana di makmal ideologi Yahudi.

Hari ini, kita merupakan daunan kering yang hanyut di atas sungai Zionis yang mengganas. Cabaran terbesar umat akhir zaman!

Maka, berwaspadalah!

28.3.06

Percaturan Singapura

Bagaimanakah Singapura tiba-tiba wujud di Asia Tenggara? Kewujudan sebuah negara bandar di atas pulau yang dihuni majoriti pendatang Asia Timur era British merupakan hakikat yang ironik ditengah-tengah rantau 250 juta orang penduduk Nusantara.
Apakah Singapura relevan kewujudannya. Jika dilihat pada awal tahun 1960an, sedekad setelah doktrin republik Indonesia gagal meletakkan semenanjung Tanah Melayu di bawah pemerintahan Jakarta, krisis timbul apabila hubungan British dan Malaya memberikan kelebihan kepada Kuala Lumpur untuk membawa Sarawak dan North Borneo mewujudkan negara bernama Malaysia. Pada 16 September 1963, Sarawak dan North Borneo yang dinamakan semula sebagai Sabah, diisythiarkan menyertai Malaya membentuk Malaysia setelah pungutan suara yang dianjurkan oleh PBB dilakukan. 80% pemilih memilih untuk menyertai Kuala Lumpur.
Kesan dari itu, Indonesia menjalankan penentangan besar-besaran bagi menuntut kembali wilayah yang kononnya milik mereka. Bermula dari itulah konfrontasi bermula dan berlarutan hampir 2 tahun sehingga kejatuhan presiden Sukarno pada tahun 1965.
Ramai yang tidak melihat mainan Barat dalam kewujudan Singapura. Desakan Amerika Syarikat dan Britain yang menyokong Malaysia sepanjang konfrontasi Malaysia-Indonesia membawa makna besar. Singapura dilanda rusuhan kaum pada ketika Malaysia dan Indonesia bergelut sesama sendiri.
Ini berpunca daripada tuntutan melampau puak-puak radikal yang mengamalkan chauvinisme Cina. Akibatnya Singapura menjadi isu yang perlu diberi kata putus oleh Tunku Abdul Rahman akibat desakan Amerika Syarikat dan Britain.
Keadaan menjadi sangat genting apabila Sukarno tetap mahukan Malaysia ditadbir Jakarta. Tetapi segala-galanya menjadi tenang setelah Singapura dikeluarkan oleh Tunku Abdul Rahman walaupun terdapat tentangan dari sesetengah pemimpin UMNO. Sukarno berganti Suharto. Segalanya pada 1965.
Apakah kewujudan Singapura merupakan caturan Barat ke atas Nusantara? Bagaimanakah untuk kita membawa Singapura mencapai satu aspirasi yang berkepentingan rantau Nusantara?
Persoalan akan tetap tidak terjawab selagi penduduk rantau Nusantara tidak bersatu.

15.3.06

Kelantan Ubat Luka Patani



KRISIS di selatan Thai bagai tidak berkesudahan. Ianya menjadi antara penyebab Malaysia menjadi sasaran tuduhan liar oleh pihak tertentu. Apatah lagi Malaysia turut dibina oleh negeri Kelantan, yang merupakan sebahagian dari Melayu Patani secara sejarahnya. Sebagai langkah untuk mengatasi secara akal krisis ini, adalah menjadi kemestian bagi Kelantan untuk hanya diperintah oleh pihak yang benar-benar mampu. Dengan memajukan Kelantan sebagai antara negeri termaju di Malaysia, selatan Thai akan menjadi zon perbandingan mutlak yang akan secara logiknya memberi kesan ke atas pertumbuhan ekonomi kawasan tersebut. Amatlah malang kerana wilayah Selatan Thai tidak dibangunkan potensi ekonomi yang terdapat padanya. Dengan memajukan negeri-negeri Malaysia di sempadan Thailand, ia akan menjadi kayu ukur yang akhirnya mendesak kemajuan untuk tiba di wilayah selatan Thai. Dengan cara ini, pihak berkuasa Thailand pastinya akan cuba untuk turut memajukan wilayah yang terletak lebih 1000 km dari Bangkok itu. Jika tidak, wilayah tersebut akan membangun sendiri setelah mendapat tempias pertumbuhan ekonomi di negeri-negeri utara Semenanjung. Dengan membangunkan Kelantan sebagai kawasan yang mempunyai tarikan ekonomi, Malaysia tidak boleh dipersalahkan atas kebergantungan masyarakat selatan Thai ke atas ekonomi negara ini serta kesan dari fenomena tersebut. Hakikatnya, tidak ada alasan untuk wilayah selatan Thai tidak mempunyai tarikan ekonomi jika diukur dari sudut geografi. Mungkin kerana kegagalan proses asimilasi mereka ke atas wilayah tersebut mencetus kurang senang mereka ke atas Melayu Thailand. Atau mungkin Thailand sendiri mengharapkan Malaysia melimpahkan kemakmuran ke atas kaum yang dianggap kepunyaan Malaysia. Malaysia perlu untuk bertindak dari segi ekonomi untuk sedikit mengubah suasana. Kemajuan ekonomi di kawasan hilir Sungai Kelantan amat penting untuk memperlihatkan bahawa perlunya Thailand meletakkan taraf selatan wilayahnya setanding dengan persekitarannya jika mereka masih berminat untuk memerintah rantau Patani. Malaysia dengan ini secara tidak langsung mampu menawarkan peluang pekerjaan misalnya dari sektor perkilangan yang perlu dipergiatkan di Kelantan. Dengan cara ini, masyarakat selatan Thai yang menerima kesan pertumbuhan ekonomi akan secara tidak langsung akan memberi impak ke atas pemerintah Thailand. Dengan kemajuan di negeri-negeri utara Semenanjung, tidak ada sebab untuk wilayah selatan Thai terus-terusan tertindas. Sosio-ekonomi masyarakat selatan Thai amatlah jelas menunjukkan bahawa mereka dilepaskan untuk mencari rezeki di negara ini. Manfaat potensi ekonomi rumpun Melayu, Kelantan yang maju mampu menjadi faktor untuk mengubah persepsi pemerintah Thailand secara teknikal dalam memakmurkan wilayahnya. Ini kerana fenomena ini tidak dapat tidak akan secara tidak sengaja menjejaskan nasionalisma dikalangan rakyatnya sendiri. Usahawan rakyat Malaysia amnya, rakyat Kelantan khususnya, seharusnya menjalankan aktiviti ekonomi dengan meluas di wilayah selatan Thai. Ini kerana wilayah tersebut mempunyai potensi industri makanan halal yang cukup besar. Walaupun orang Melayu rakyat Patani telah ternaung dibawah Thailand, seharusnya wilayah serumpun itu tidak dibiarkan ketinggalan dari segi ekonomi hanya kerana diabai oleh pemerintah mereka. Untuk maksud itu, wajarlah kita cari pendekatan yang sesuai untuk membantu mengubah keadaan.

13.3.06

Suburkan Nasionalisma

Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisma hari ini. Apa pula erti nasionalisma hari ini di mana negara menghadapi cabaran amat getir bagi melestarikan ekonomi untuk dipacu ke arah negara maju pada tahun 2020. Ini telah menjadi sesuatu yang sangat memerlukan penelitian dan usaha keras untuk mendidik rakyat untuk lebih memahami tanggungjawab berat kerajaan.

Malaysia diuji dengan cabaran global dan cabaran mendidik masyarakat sendiri. Nasionalisma semakin terhakis kesan dari fundamentalisme dan liberalisasi yang turut mecetuskan konflik lebih terperinci sesama dua puak ini. Sementara elemen peringkat antarabangsa memerlukan caturan yang bijaksana apatah lagi sebagai sebuah negara Islam yang dilihat sebagai antara paling moden dan maju.

Iklim antarabangsa yang bersuhukan perbalahan Barat dan Islam turut menjadi sebahagian unsur yang diambil kira dalam membina Malaysia masa depan. Sebagai negara yang terbentuk di dalam wilayah yang diislamkan sekitar 500 tahun lalu, Malaysia kekal dihuni oleh majoriti orang Islam dan politik Malaysia sendiri mempunyai lebih 20% pengaruh parti bersuara Islam. Namun dari itu, parti demokratik yang sejarahnya diwarnai oleh pejuang pro-komunis iaitu DAP, turut memiliki kekuatan suara yang sama. Parti campuran, Barisan Nasional yang ditunjang oleh parti Melayu UMNO, berjaya memulihkan ketunjangannya di dalam Barisan Nasional setelah berjaya mendapat sokongan dua pertiga orang Melayu atau kira-kira 4 juta pengundi Islam pada pilihanraya ke 11 tahun 2004.

Seharusnya, orang Melayu bersatu kembali untuk teguh dibelakang kerajaan dalam usaha untuk menguatkan penguasaan bangsa dan negara dalam ekonomi dan ilmu bagi memantapkan kembali ekonomi Melayu dan berjihad untuk mengembalikan kekuatan ekonomi Islam di Malaysia dan tidak mudah leka dengan mainan korporat.

Malaysia Raya

Malaysia wujud ditengah Nusantara sebagai sebuah entiti yang mempunyai perspektif yang sangat berbeza. Bermula pada abad ke 5 Masehi, Selat Melaka menjadi laluan sibuk menghubungkan benua bangsa Arab dan India dengan benua bangsa Cina. Animisme menjadi corak kepercayaan suku asal dan terubah bersejajar dengan ketamadunan beragama. Tamadun beragama yang mula-mula wujud adalah dibawah pengaruh Hindu di India pada abad ke 7 namun masih mempunyai kepercayaan animisme yang kuat. Kemudian tamadun itu terpengaruh dengan kepercayaan Buddha yang dipengaruhi Indo China.

Pada abad ke 15, Tamadun Islam menggantikan Tamadun Hindu-Buddha-Animisme dan kekal menjadi pegangan majoriti bangsa asal di kepulauan Asia Tenggara kecuali Filipina yang dikristiankan pada abad ke 16 oleh Sepanyol. Abad ke 16 telah menyebabkan runtuhnya ketamadunan Islam Melaka yang menaungi beberapa Kerajaan kecil; hanya bertahan kira-kira 110 tahun akibat serangan Portugis. Pendudukan pertama Barat di kepulauan Melayu pada 1511 itu menyebabkan wujudnya kesultanan-kesultanan kecil di seluruh kepulauan Melayu.

Selama runtuhnya kesultanan Melaka, kesultanan Aceh, Patani, Johor-Riau dan kerajaan Jawa menjadi kerajaan-kerajaan utama kepulauan Melayu yang menerap nilai Islam dalam pentadbiran mereka.

Selepas hampir 300 tahun, rantau kepulauan Melayu tidak digugat secara besar-besaran sehinggalah Belanda mula meluaskan penguasaan mereka di seluruh kepulauan Melayu akibat kejayaan Inggeris menduduki Pulau Pinang pada tahun 1786. Kesan dari Perang Napoleon, Belanda yang bersekutu dengan Inggeris ketika menentang Perancis di Eropah telah melahirkan perjanjian yang mengubah sempadan kepulauan Melayu pada tahun 1824. Perjanjian ini merupakan asas lahirnya Malaysia dan Indonesia hari ini.

Namun, kepulauan Filipina kekal diluar perjanjian Inggeris Belanda apabila ianya kukuh ditakluk Sepanyol. Kerajaan Brunei yang menguasai separuh pulau Borneo pula ditumpaskan oleh James Brooke dan syarikat perniagaan Amerika yang mengecilkan kesultanan tersebut sehingga saiznya hari ini.

Penguasaan Inggeris ke atas tanah Melayu, negara Sarawak dan penjualan negara Borneo Utara kepada syarikat Inggeris meletakkan asas kepada pembentukan Malaysia hari ini. Sementara penguasaan Belanda ke atas baki keluasan kepulauan Melayu mewujudkan nasionalisma tersendiri yang membentuk sebuah negara bernama Indonesia hari ini.

Pengkaji kebudayaan zaman penjajahan Inggeris Belanda mendefinisikan kepulauan Melayu dengan nama Malaysia. Namun apabila Belanda gagal merampas jajahannya yang dibebaskan oleh Jepun pada tahun 1945, nasionalis penentang Belanda menubuhkan kerajaan bernama Indonesia yang diiktiraf pembebasnya, Jepun. Mereka turut membawa angin penentangan ke atas Inggeris dalam membebaskan tanah Melayu, dan pantai utara Borneo. Mereka gagal mendapatkan mandat dalam mempengaruhi tanah Melayu untuk menjadi sebahagian Indonesia selepas penentangan Melayu pada 1946 berjaya menyelamatkan raja-raja Melayu yang hendak dimansuhkan Inggeris. Ini menyebabkan doktrin republik Indonesia menjadi tidak popular.

Kesan dari itu, wujud pula era konfrontasi 1960an yang hampir hampir mencetus peperangan. Campurtangan Amerika Syarikat dan Inggeris yang menyebelahi Malaysia pada ketika itu turut mengeruhkan keadaan. Selepas Suharto mengambil alih tampuk kuasa, suasana menjadi tenang sehingga masing-masing berusaha meningkatkan produktiviti setelah wujudnya negara perbandaran Cina bernama Singapura yang dipisahkan dari Malaysia pada tahun 1965 dan mengepalai pertumbuhan ekonomi kepulauan Melayu.

Pada tahun 1980an, wujud pula dasar pengambilan tenaga kerja Indonesia secara besar-besaran dan dasar tersebut masih diamalkan sehingga hari ini. Perbezaan kemakmuran ekonomi mengakibatkan hari ini terdapat lebih 2 juta tenaga kerja Indonesia yang mencari rezeki di Malaysia dan mencetus fenomena-fenomena yang dapat dilihat hari ini.

Secara logikalnya, Malaysia adalah Indonesia dan Indonesia adalah Malaysia yang dibezakan sejak 182 tahun yang lalu.