18.11.06

Batal Hak Melayu Batal Jus Soli?

Melayu merupakan gelaran bagi etnik-eknik kecil di kepulauan Hindia Timur yang berhubungan antara puak yang berlainan bahasa menggunakan bahasa Melayu. Bahasa Melayu tersebar ketika empayar Melaka menguasai ekonomi Nusantara 600 tahun lalu. Hindia Timur disebut Nusantara dalam bahasa Melayu.

Malaysia pula merupakan gelaran antropologis Barat kepada kepulauan Nusantara sejak mereka mula mengkaji ras manusia beratus tahun lalu. Namun, kesan imperialisme yang melibatkan persaingan tanah jajahan oleh bangsa Eropah, Nusantara berpecah kepada dua apabila Inggeris berjaya menguasai Selat Melaka.

Negara Malaysia yang wujud pula merupakan adunan yang dicipta kesan dari imperialisme Inggeris. Sebahagian besar Nusantara yang dijajahi Belanda mengisyhtiharkan kemerdekaan melalui pengunduran Jepun lalu membentuk negara kuasa pusat bernama Indonesia.

Kemerdekaan negara yang kemudiannya dinamakan Malaysia hanya dicapai setelah 11 tahun Indonesia berjaya berbuat demikian dengan mematahkan cubaan pendudukan semula Belanda. Malaysia tidak dapat berbuat demikian apabila British telah lama mentadbir negeri-negeri Melayu dengan sistematik dan berpiagam yang memerlukan pengendalian jentera pentadbiran yang cekap.

Pun begitu, bermula tahun 1948, ketika negara Israel lahir, negara-negara penjajah telah bersiap sedia untuk memerdekakan tanah-tanah jajahan mereka melalui perlembagaan yang tertulis atas restu mereka.

Tunku Abdul Rahman menggunakan diplomasi semaksima yang mungkin bagi membolehkan kemerdekaan diperoleh dengan cara yang teratur. Pembentukan perlembagaan oleh Tunku Abdul Rahman disulitkan dengan keengganan British untuk menghantar pulang tenaga kerja asing yang memaksa beliau mengutarakan idea kerakyatan bagi mereka yang lahir di tanah orang-orang Melayu ini.

Namun, tidak ramai generasi hari ini menyedari bahawa hakikat kerakyatan tenaga kerja asing di negara ini adalah berdasarkan prinsip jus soli yang diambil kira dalam pembikinan perlembagaan. Orang Melayu membantah hebat. Sebagai imbangan dari ribut sahsiah bangsa Melayu itulah konsep hak istimewa Melayu digunakan dan dipersetujui oleh semua.

Kaum pendatang tidak terfikir bentuk negara apakah yang akan dimerdekakan kerana dibayangi dilema kewarganegaraan. Konsep hak istimewa Melayu dipersetujui oleh mereka bagi menjamin prinsip jus soli digunapakai.

Tetapi, hari ini, ada dikalangan kaum bukan Melayu di negara ini, tanpa rasa segan ke atas diri mereka sendiri kerana menutup mata kepada sejarah, bebas menyindir, membincang dan mentertawakan relevan hak istimewa orang Melayu di Malaysia di dalam akhbar dan internet menggunakan medium bahasa bukan Melayu.

Malah, ramai pula dikalangan mereka yang melahirkan rasa bimbang ke atas penghijrahan tenaga kerja Indonesia yang merupakan pengisi kitaran yang pernah diisi oleh mereka walhal rakyat Indonesia merupakan masyarakat Nusantara. Yang membezakan keadaan kini ialah jumlah kemasukan dikawal ketat oleh dasar-dasar baru.

Benar bahawa pemimpin Melayu terdahulu melakukan kesilapan dengan menggadaikan hak istimewa Melayu dengan prinsip jus soli. Prinsip ini juga merupakan kunci membantu kaum Cina di Singapura mendapat tiket untuk melabuhkan punggung selamanya di rantau ini. Jika tidak masakan Singapura membebaskan diri dari British melalui Malaysia.

Apakah hal ini dilihat oleh sesetangah kaum bukan Melayu yang dijadikan rakyat-rakyat raja Melayu, dengan sikap pengkhianatan pada janji, menggesa prinsip jus soli itu ditiadakan supaya hak istimewa Melayu boleh terhapus?

Lebih-lebih lagi, jos soli mewujud kekhuatiran dikalangan mereka terhadap fenomena kerakyatan anak-anak pendatang tenaga kerja asing terutamanya Indonesia pada masa ini yang mengakibatkan pengecilan saiz bukan Melayu di negara ini.

Jika ini benar-benar dicita-citakan, ianya bermakna mereka mendesak kewarganegaraan mereka dikaji semula.

Apakah dengan menggugurkan prinsip jus soli, mereka tidak merasakan bahawa kerakyatan mereka akan lucut? Secara prinsip dan imbangan, dengan membatalkan hak istimewa Melayu, perlembagaan turut secara automatiknya membatalkan prinsip jus soli.

Maka dengan itu, segalanya kembali ke meja rundingan pada saat perlembagaan dirangka dan segala kestabilan perlu bersedia untuk digadaikan.

Pengkritik hak istimewa Melayu mempunyai pemikiran sempit kerana mereka tidak dapat menembusi corak sebenar jalan menuju kemerdekaan negara ini yang dipenuhi oleh perbincangan yang disepakati dengan konsep menang-menang.

Mereka lupa bahawa jus soli tidak wujud tanpa dambaan pihak yang mengharapkannya dan hak istimewa Melayu tak akan wujud tanpa tugasnya sebagai wang jaminan untuk merealisasikan penggunaan prinsip jus soli.

Jika kritikan mereka bukan disebabkan kejahilan mereka mengenai sejarah, mereka adalah golongan yang cuba memporak perandakan keharmonian negara dan perlu ditahan untuk siasatan.Dengan mempersoalkan isu hak istimewa orang Melayu serta apa juga yang berkaitan dengan orang Melayu terutamanya agama Islam, terlalu jelas bahawa mereka juga mempertikaikan prinsip jus soli yang merakyatkan setiap pendatang yang lahir di Nusantara Malaysia.

Jus soli kurang menjadi ingatan kaum bukan Melayu lantaran ia tidak dijadikan mainan oleh pemimpin politik Melayu apabila hak istimewa Melayu dipertikai. Ini kerana kesopanan, toleransi, sikap menjaga hati yang begitu menebal dalam peradaban Melayu.

Tetapi apabila isu hak istimewa Melayu cuba dibuang tanpa pembatalan prinsip jus soli yang mana kedua-duanya lahir bagi mengimbangkan sesebuah polemik genting, maka ianya mengundang ke arah negara ketika mula hendak ditubuhkan.

Tiada siapa mahu melihat negara ini kembali memulakan pentadbirannya seperti hari-hari pertama ia mendaulatkan perlembagaan tanpa hak istimewa Melayu dan tanpa prinsip jus soli. Ini bermakna kaum yang sebelum ini telah mempunyai kerakyatan, perlu berubah.

Apakah mereka perlu memperbaharui pas kerja di negara ini atau pulang ke kampung halaman nenek moyang mereka untuk memulakan hidup baru di tanah asal.Orang Melayu juga tidak mahu untuk tiba-tiba menjadi mundur tanpa kegiatan ekonomi, kembali kepada kehidupan sara diri dan lebih buruk apabila kepayahan mencetus perang saudara dan segalanya bermula semula dengan kacau bilau.

Inilah apa yang patut digambarkan kepada ramai oportunis di negara ini yang sentiasa tidak melahirkan penghargaan atas apa yang telah ada hari ini. Ramai kalangan masyarakat telah dicekup oleh oportunis-oportunis ini bagi menzahirkan kacau bilau yang amat mereka inginkan.

Akibatnya, dakwaan melulu, komen sindiran dan ulasan bodoh tersebar di akhbar dan internet.Pemerintah Malaysia perlu memperbanyakkan pengkisahan sejarah negara dan sejarah nasionalisma dan melipatgandakan penyampaian maklumat berhubung kisah-kisah penubuhan negara ini mulai dari hari ini dengan menzahirkan filem dan dokumentari semua bahasa dan penuh giat.

Biarlah ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 50 pada tahun 2007 memberikan kesedaran yang menyeluruh kepada rakyat negara ini berhubung pentingnya merangka masa depan dengan menjadikan sejarah sebagai asas untuk membina masa depan. Ianya cukup penting bagi memencilkan golongan buta sejarah dan berhati busuk ini agar mereka luput dalam lipatan sejarah.

11 Comments:

Anonymous Anonymous said...

saya setuju dengan apa yang saudara katakan.walaupun saya adalah seorang berbangsa cina pada pendapat saya perpaduan diutamakan kerana kita semua berada dalam satu kapal yang sama.Lagipun perjanjian yang dibuat mesti dikotakan barulah seseorang bangsa tu dipandang mulia

15/7/09 14:36  
Anonymous Anonymous said...

saya ingin bertanya, kenapa kaum pendatang diberi hak mengundi 1 orang = 1 undi? Tidakkah ini lebih penting dari jus soli mahupun perlembagaan kerana apabila majoriti diperolehi, mereka boleh merombak apa saja termasuk perlembagaan yg telah dipersetujui.

Saya bukan rasis, malah saya rela menolong semua kaum diMalaysia atas dasar perikemanusiaan. Tapi perlu ada perbezaan yg besar diantara rakyat Malaysia dan warganegara Malaysia.

25/7/10 22:38  
Anonymous Anonymous said...

Saya merasa sedih kerana anda tidak memahami konsep2 antropologi penghijrahan, kenegaraan dan ekonomi.

Orang Melayu juga adalah pendatang. Malah, sekiranya dibuat analisis, ramai orang Melayu nenek moyangnya berhijrah ke Tanah Melayu lebih lewat dari orang Cina. Namun begitu, diakui bahawa orang Melayulah yang kekal sehingga datangnya penjajah Eropah satu sistem pentadbiran dan kerajaan. Sebelum itu, orang Asli sudah ada di sini dan juga orang India juga telah mendirikan kerajaan. Orang Siam juga pernah mentadbirnya pada satu masa dahulu. Oleh itu, dalam perlembagaan, kami akur bahwa negara ini haruslah berteraskan budaya dan bahasa Melayu. Ini tidak boleh diubah. Kita semua berhijrah ke sini. Soalnya bila. Jadi janganlah memutar belitkan pemikiran anda sehinggi diri sendiri terkeliru.

Dari segi ekonominya pula, fikirlah: sekeping tanah yang tak diusahakan, tak ada pendapatan. Yang ada hanya lalang dan semak. Tanam ubi, jual ubi. Tanam getah, toreh getah. Bina kilang, bikin barang bisa dijual. Bina office, duduk kat dalam, tekan butang jual beli saham dah dapat untung. Kesimpulannya, tanah itu asas tetapi yang nikmatnya dari keringat. Inilah konsep yang kita orang Cina tak dapat nak terapkan dikalangan orang Melayu yang asyik fokus pada tanah, tanah, tanah, aja. Keringat tu everything. Kalau berat tulang, bagi tanah satu Sarawak pun tak guna. Kalau rajin dan bijak, hah, lihatlah Singapura. Duduk kat Shenton Way, tekan butang komputer jual beli saham di pasaran New York, mampu beli Lexus. Jumlah tanah diperlukan, mungkin saiz satu meja!!!!!

Itulah, tengoklah Kampung Baru. Buat bising tak habis2. Tapi bila nak dibangunkan, bari fikir tentang 2 pasal: modal dan pulangan. Bagi modal pun kalau takde orang nak buat kerja, limpah keringat, sapa nak sewa. Akhirnya tak jadi jadi benda Kg Baru ni. Masih tak boleh nak sedar ke.

Kesian engkau ni.

25/8/10 21:18  
Blogger karthi said...

common brother sampai bila you orang nak sembang pasal hak melayu . Pada asalnya semua orang pendatang juga. Kalau nak kata orang India sudah lama pijak tanah Malaya ini pada 1407....dan telah mendirikan kerajaan sendiri.Tapi kita tak heboh pun lagi kita telah bertolenrasi lagi. Jom kita lupakan semua itu buat apa yang sepatutnya untuk kebaikan semua kaum di tanah Malaya ini.

5/2/11 18:25  
Anonymous Anonymous said...

Saya agree dengan kata-kata Karthi dan saudara di atas Karthi. Sememangnya prinsip-prinsip yang dibincangkan hanya sesuai untuk keadaan pada masa itu. Zaman yang telah berubah meminta kita untuk memikirkan cara yang lebih baik. Lantaran itu, ubahan seperkara tidak semestinya menyebabkan perkara satu lagi dipinda. As long as majority agree, semuanya beres. Lihatlah negara lain.

Adam.

22/5/11 15:55  
Blogger betel said...

sya bersetuju dengan pendapat anon di atas. setelelah bersetuju dengan penubuhan malaysia dengan prisip perlembagaan, kenapa mempertikainya sekarang?

sila karthi berikan maklumat tentang kerajaan india yang pernah di tubuhkan di tanah melayu. jangan salah faham dengan kerajaan melayu yang beragama hindu dengan india.

kalau tidak kerana penjajahan oleh kuasa kuasa british dan belanda, nusantara adalah sebuah kerajaan melayu dan telah di pisah oleh kuasa kuasa yang memerintah tersebut.

untuk makluman, kerajaan melayu bukan bermula dari sejarah melaka, tapi dari sejarah kerajaan sri wijaya, yang beratus ratus tahun sebelum itu. sila baca sejarah. penduduk asal asia tenggara adalah mon, khmer dan melayu. siam, burma, laos dan vietnam adalah pendatang.

kebenaran memang menyakitkan, tapi itu semua telah menjadi sejarah. oleh kerana kita semua telah telah menjadi satu malaysia, kenapa tidak menghormati persetujuan yang telah di capai? adil bukan hanya kerana kemahuan diri di penuhi, tapi lihat pada prinsip keadilan itu sendiri.

21/8/11 11:32  
Blogger KOMANDO SIBER said...

KENYATAAN YANG DIBUAT BAHAWA MELAYU ADALAH PENDATANG ADALAH TIDAK BENAR DAN MEREKA YANG MENGELUARKAN KENYATAAN SEDEMIKIAN BOLEH DIANGGAP MANDUL SEJARAH. SAYA BAGI CONTOH BEGINI, KALAU DAHULU RAKYAT NEGARA CINA BERADA DI VIETNAM MEREKA TETAP RKYAT CHINA KERANA EMPAYAR MEREKA LUAS HINGA KE KAWASAN BERKENAAN. ORANG MELAYU JUGA BEGITU.DI NUSANTARA INI ORANG MELAYU MENDUDUKI SERATA CERUK CUMA BUKAN DALAM KONSEP NEGARA SEBALIKNYA KERAJAAN-KERAJAAN YANG KECIL MAHUPUN YANG BESAR. MALAH CHURCHIL DALAM WAR ROOM BELIAU MENANDAKAN PETA SEBAGAI MALAYLAND. SAYA BUKAN RASIS, TAPI SAYA CAKNA SEJARAH

19/8/12 01:14  
Blogger semalamku.blogspot.com said...

Hii All,

KALAU SEMUA KAUM DI MALAYSIA NI FAHAM DAN MENGETAHUI SERTA MEMATUHI PERLEMBAGAAN NEGARA YANG TELAH DIPERSETUJUI SEMUA, NESCAYA KEAMANAN DAN PERPADUAN AKAN TERUS KITA NIKMATI DEMI MEMAJUKAN NEGARA INI TANPA MELIHAT BERBEZAAN KULIT DAN AGAMA MASING-MASING. YANG PENTING KITA TERUS MENGHORMATI DAN BUANGKAN PRASANGKA PREJUDIS PADA PERBEZAAN ETHNIK....GOOD LUCK ALL..

30/1/13 15:15  
Anonymous Anonymous said...

hi....semua idea, pandangan yang bernas boleh dijadikan teladan. Namun , apa yg berlaku dlm negara dewasa kini? Amat menyedihkan. Tepuk dada dan fikirkan untuk generasi abad 2020....

27/10/13 12:32  
Anonymous Rena said...

Kekecewaan dalam diri individu tidak terpapar tetapi keperitan hidup dirasi akibat perbuatan individu yang hanya mementingkan diri....sejarah untuk penulisan apa yang mereka buat tetapi bukan dengan hati yang ikhlas untuk mempertahankan negara. Terlalu banyak khilaf yang nyata dilakukan. Namun, kemanakah perginya semua yang bijaksana dalam mempertahankan dan memperbetulkan keadaan sebelum terlewat.
Bangkitlah wahai perwira...dulu perwira tetap perwira tapi kini perwira trsekat oleh undang undang yang akan menjatuhkan semangat perwira.

Dengarkanlah kemahuan rakyat...ikutlah kemahuan rakya sebab rakyat itu bukannya "banggang",yang tidak boleh berfikir. Cuma mereka tidak dikenali.

Segala undang2 boleh dibuat dan pastinya untuk kebaikan....tetapi kenapa pula undang2 yang dibuat tidak boleh disingkir kalau undang2 tersebut memudaratkan setelah percubaan dilakukan.

Semua itu umpama kajian belaka....jika baik teruskan. Jika tida perbaiki secepat mungkin.

Bagi yang membaca terima kasih dan tolong fikirkan apa yang perlu kita lakukan agar keadaan kita bertambah lebih baik.

Terima kasih.....

27/10/13 12:43  
Anonymous Anonymous said...

orang Melayu adalah penduduk asal di Malaysia. Sejarah membuktikan orang Melayu berasal dari rantau kepulauan Melayu di mana Tamadun Melayu telah lama dan yang pertama bertapak di rantau ini. Sekiranya berlaku penghijrahan sekalipun, penghijrahan tersebut berlaku di sekitar kepulauan Melayu di mana rumpun Melayu dan masyarakat Melayu masih tebal di kawasan tersebut.

Sejak zaman Empayar Melaka pada kurun ke 15 Masehi lagi, Kesultanan Melaka juga adalah berketurunan Melayu. Jadi, tiada istilah Melayu pendatang. Jika dilihat dirantau gugusan kepulauan Melayu ini, yang sama dari sudut budaya, bahasa dan adat resam adalah bangsa Melayu. Bagi bangsa-bangsa lain, boleh google rantau mana yang seakan-akan sama bahasa, budaya dan adat resam masing-masing. Jangan jadi buta sejarah dan melemparkan tuduhan tanpa ilmu. Disebabkan itu, maka sejarah adalah amat penting untuk kita pelajari dan fahami. Cuma satu-satunya kelemahan Melayu adalah sikap bertolak ansur yang terlalu tinggi. Kelemahan ini sampai sekarang berakar umbi. Itu yang wajib ubah demi masa depan generasi akan datang!

16/11/13 19:41  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home